26 May 2012

Anime : Iron Man (2010)


Anime: Iron Man (2010)
Bahasa: Jepun / Senikata: English / Format: MP4 & MKV
Codec: x264 / Bitrate: 275 / Saiz Fail: 52-58mb
Genre: Aksi, Robot / Info: http://www.animax.co.jp/marvelanime/
Episod: 1 - 12 (tamat)

Sinopsis:
Mengisahkan tentang Tony Stark, Ketua Pegawai Eksekutif pengeluar senjata terbesar, ahli fizik, jurutera, dan pencipta cemerlang, yang tercedera semasa diculik oleh sekumpulan pengganas. Ketika ditawan, beliau telah membina Iron Man dan berjaya menyelamatkan dirinya dari tawanan pengganas. Sejak hari itu, seperti mendapat peluang kedua, Tony Stark telah bersumpah untuk menjadi seorang penyelamat dan berazam mengubah dunia menjadi lebih baik. Bagi menyempurnakan maksudnya itu, beliau telah datang ke Jepun untuk melaksanakan misinya. Di Makmal 23 di Jepun, kemajuan besar telah dicapai dalam pembangunan dan pembinaan sebuah stesen kuasa, iaitu Stesen Arc yang unik yang tidak menggunakan bahan api fosil.  Tony Stark bercadang untuk menyertai projek ini, dan untuk itu, beliau bersedia untuk mengumumkan persaraan beliau sebagai Iron Man. Pada masa yang sama, beliau juga akan mengumumkan untuk membina lebih banyak Iron Man untuk tujuan kebaikan. Walau bagaimanapun, sewaktu upacara, Tony Stark tiba-tiba diserang oleh sebuah organisasi yang dikenali sebagai Zodiac. Bagaimanakah kesudahannya. Marilah menyaksikannya.
http://www.any.gs/yIHj

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...